Tuesday, February 24, 2015

Taman Tropika @ Pulau Besar, Mersing : resort resort di Pulau Besar

Aseania Resort Pulau Besar 

 No. 5, Jalan Abu Bau Bakar, 86800 Mersing, Malaysia – Untuk Tempahan resort ini , Click disini.. !

Dikelilingi oleh lagun-lagun yang indah dan air laut jernih kehijauan,  Aseania Resort Pulau Besar mempunyai chalet -chalet yang tenang dengan pemandangan taman dan laut yang terletak di kawasan taman laut. Resort ini mempunyai sebuah
kolam renang dan Wifi percuma di lobi. Semua pemindahan bot adalah termasuk dalam harga. Chalet-chalet kayu gaya tropika di resort ini mempunyai balkoni peribadi dan mempunyai
 susun atur yang luas serta ruang tempat duduk yang selesa. Chalet-chalet ini berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi dengan bar mini serta meja kerja.  
 Kemudahan pancuran mandian air panas dan sejuk disediakan di dalam bilik mandi peribadi. 
       Untuk riadah, para tetamu boleh berenang di sekitar pulau Besar yg indah .Sebagai alternatif, para tetamu boleh 
meneroka sekitar pulau dengan berbasikal atau menyertai lawatan dari pulau ke pulau. Aktiviti barbeku yang intim juga boleh disediakan. Untuk sampai ke resort, para tetamu boleh menaiki kereta dari Lapangan Terbang KLIA KLIA2 ke Jeti Mersing yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pulau ini terletak hanya 13 km dari Jeti Mersing. Untuk tempahan resort ini boleh terus click disini

Dan untuk tempahan taxi online untuk ke jeti mersing bole click disini.



D'coconut Island Resort 

 Pulau Besar, Mersing,, 86800 Mersing, Malaysia – Untuk tempahan resort ini, click disini


Kedudukan resort ini berada di tengah-tengah taman tropika dan pantai berpasir putih halus dan suasana sungguh romantik, D'coconut Island Resort terletak di Pulau Besar, Johor. Resort ini mempunyai pilihan
seperti  menjamu selera dengan rasa asia dan barat , kolam renang dan bilik-bilik yang selesa dengan pemandangan kawasan yang menghijau. Bilik tamu dilengkapi dengan perabot kayu keras dan penyaman udara. Bilik-bilik ini mempunyai balkoni peribadi dan bilik mandi dengan kemudahan pancuran mandian
air panas. Pilihan rekreasi termasuk snorkeling, atau berkanu. Tetamu juga boleh bersantai di pantai, atau bermain bola tampar pantai. Restoran menyajikan pilihan hidangan tempatan dan barat yang lazat. Snek ringan dan minuman yang menyegarkan boleh dinikmati di bar kolam renang. D'coconut Island Resort jaraknya 13 km dari Jeti Mersing. Resort ini terletak sekitar 47 km dari Pulau Tioman.

No comments: